Thursday, December 6, 2012

BASKETBALL -.-'

Salam. Fuhh fuhhh fuhhh. *tiup sawang sikit* Tarik nafas, lepas.

Title mudah dan padat. PHEWWWH. I hate it but I love it. PASSION? It was, but now? Nahhh.

Form 1 (2009):
Orientasi at SainsKU. Ada beberapa PRS 'handsome' dan cun which is also basketball players bagi kebebasan untuk memilih Sukan dan Permainan untuk isi kekosongan waktu kokurikulum. Macam2 feedback aku dengar dari budak2 form 1 yang lain.

MR. A: Nak pa kata sidak tok. Sikda ku mok bersukan juak bah.
*subs*: apa diorang ni, aku taknak bersukan pun -.-'

CIK B: Dolok kamek wakil SARAWAK main boling koh. Sikda kelab boling kah sitok?
*subs*: dulu saya ni main boling, wakil SARAWAK. takde ke kelab boling kat sini?

AKAK C: Banyak gilak sukan nok kamek main tok. Giney mok milih? Angol nyawa mikey eh.
*subs*: Kite main banyak game la. Macam mana nak pilih? Pening ahhh !!

Hmm, as for me.. apa2 game asalkan yang tak menggunakan kayu kayan. Hehe. Only balls okay? So, bila diorang ni kata netball and handball tak aktif kat situ, I gave basketball a try. Aku tanya abang tu, kalau pernah main bola baling, boleh ke main bola keranjang ni? Then dia kata, of course. Kemahiran 'passing' and 'dribbling' semua tu ada je dalam handball kan. Seniors kata, kalau nak melancong selalu, join la basketball. Tiap2 tahun travel naik BELON :) Aku pun, apa lagi. Tengok diorang punya videos lagi. Diorang buat mini show main dengan bola2 tu.

Luckily, KELAB BOLA KERANJANG SainsKU is very very very active. So, dalam masa setahun pun, aku dapat macam2 dari sini. Team SainsKU ada Chinese Coach dari luar. Tapi dia lagi focus kat lelaki la. Tapi yang perempuan ada Sensei which is also a Chinese and awesome. Dalam kelas macam singa kat court macam mak. Antara aktiviti yang ada, latihan dengan coach NEGRO, tak ingat dari mana. Dia ajar macam2. IT WAS REALLY FUN! Ada juga join tournament under-14. Lawan dengan budak2 sekolah cina. Memang tak lah. Every weekend mesti ada latihan kat dewan luar. Perghh, terbaik.

Form 2 (2010):
Here I am in SABDA. Sekolah baru. Court baru. Macam takde sapa pijak je lagi. Rasa sayang tinggal SainsKu. Hmm, but still aku gi riadah je, aku pergi main basketball sorang2. Rasa pelik tapi takpe. Waktu kelas PJK yang first, Cikgu Faris ada cakap pasal sukan2 elit. Dia ada juga suruh buat team untuk certain sukan termasuk basketball. Since that, ada la training petang2. Court terbahagi dua. Form 5 and Form 2. Assabiyah. Ada pemilihan, tapi waktu tu diorang pilih 10 orang je players. Yang form 2 ada 6 orang terpilih ; Khaireen, Batrisyia, Farah, Ayu, Aquratul, Aku. Ada tertampal kat papan Aspuri. Haha, bahagia nampak ada nama aku.

Pergi HKSBP Zon Utara kat Semuji. This was the worst experience of all. Orang kata, 'start from zero' kan? Dan itulah apa yang kami alami. Malu lah nak cerita. Yang penting memang kena belasah. Cikgu Diyana sampai nak tarik diri. Nyaris before last game tu, ada hamba Allah yang menamakan dirinya 'James Bond' naikkan semangat dan sikit tunjuk ajar. Last sekali, dapat lah kitorang pecah telur. Tahap happy dia macam menang! Haha.

Form 3 (2011):
PMR year. Tapi, still main. Ada pemilihan awal tahun, untuk HKSBP. Cikgu Hafiz kata, sapa yang dah masuk tahun lepas, belum tentu lagi dapat masuk tahun ni. Maybe takde sapa nampak, tapi aku kerja keras. Stamina dah la ZERO -.-' Alhamdulillah, terpilih. Kali ni, yang form 3 tambah lagi 4 orang; Wawa, Lili, Nisa, Farhana. Memang conquer habis. Tak bagi can. HAHA. I had so much fun with all of them. Much2 better dari 2010. Aku banyak spend time dengan WAWA. Seronok gila. Kitorang selalu tengok Thaqif & Ikhwan main kat seberang court. Kitorang bajet2 nak jadi macam diorang. CHEMISTRY -.-' HAHA.

Kami buat kejutan, jadi Naib Johan HKSBP Zon Utara 2011. Tournament kat sekolah sendiri. Adat lah kan, main saiko2 ni. Banyak sekolah tak puas hati. Habis kitorang dicaci dimaki. Allah je tau sakit hati ni macam mana. Tapi, at the other side, pihak sekolah bangga2 all this thing. Kitorang tak minta. Benda ni sampai menimbulkan konflik dengan the BOYS. Hmm. KFC lah apa lah. Tapi, jauh kat dalam aku sedar aku tak menyumbang apa2. Setakat duduk kat kerusi pemain dan tak buat apa2. Nak cukupkan pemain je. Ahh. Tak semua orang faham. Aku tak layak untuk semua penghargaan ni. Mak Cik Intan & Pak Cik Azmi belanja makan, Cikgu Diyana basuhkan baju bla bla bla. They were just soooooo sweet.

Bila dah jadi Naib Johan, sure la pergi kebangsaan kan. TKC here we come. Kat sana rasa kerdil gila. Macam culture chock pun ada. Tapi takpe, my lovely teammates will always be with me. Kitorang merepek2 je. Cikgu Hafiz kata, tahun ni kita melancong je. Cari pengalaman. Even banyak juga benda yang bagi tekanan, takpe. We faced it together. Macam semua orang agak, WE LOST. Haha, yang penting dapat rasa makan kat hotel dengan kawan2, pakai blazer, macam2 lagi lah. Hujung tahun, basketball team dapat anugerah. Untunglahh.

*YANG FORM 4 AKU SAMBUNG NANTI LAH, COMPLICATED SANGAT*

ape tengok2 ?

#cehhh. pandang ape lah? mane ade post dah :P