Saturday, December 31, 2011

Aku sayang mak aku, kau ?

Orang kata aku lahir dari perut MAMA! (bukan orang kata, memang betul)

Bila dahaga yg susukan aku, MAMA.
Bila lapar yg suapkan aku, MAMA.
Bila keseorangan, yg sentiasa di sampingku, MAMA.
Bila pandai bercakap, perkataan yg pertama aku sebut MAMA.
Bila bangun tidur, aku cari MAMA.
Bila nagis, orang pertama yang datang MAMA.
Bila nak bermanja, aku dekati MAMA.
Bila nak bergesel, aku duduk disebelah MAMA.
Bila sedih, orang yg boleh memujuk ku hanya MAMA.
Bila nakal, yg memarahi aku MAMA.
Bila merajuk, yg memujuk ku hanya MAMA.
Bila melakukan kesalahan, yg paling cepat marah MAMA.
Bila takut, yg tenangkan aku MAMA.
Bila nak peluk, yg paling aku suka peluk MAMA.

Bila di asrama, aku selalu teringatkan MAMA.
Bila sedih, aku mesti telefon MAMA.
Bila seronok, orang pertama yg aku nak beritahu MAMA.
Bila bengang, aku suka luahkan pada MAMA.
Bila takut, aku selalu panggil >Mmaaammmmmaaaaa...<
Bila sakit, orang yg paling risau adalah MAMA.
Bila nak exam, orang yg paling sibuk juga MAMA.
Bila buat hal, yg marah aku dulu MAMA.
Bila ada masalah, yg paling risau MAMA.

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ini adalah MAMA.
Yang selalu masak makanan kegemaranku MAMA.
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, MAMA.
Yang selalu berleter kat aku, MAMA.
Yang selalu puji aku, MAMA.
Yang selalu nasihatkan aku, MAMA.

#YANG NI BELUM LAGI, TAPI HAKIKAT...

Bila nak kahwin, orang pertama aku tunjuk dan rujuk, MAMA.

Bila aku ada pasangan hidup sendiri.

Bila seronok, aku cari Pasanganku.
Bila sedih, aku cari MAMA.
Bila berjaya, aku ceritakan pada Pasanganku.
Bila gagal, aku ceritakan pada MAMA.
Bila bahagia, aku peluk erat Pasanganku.
Bila berduka, aku peluk erat MAMA.
Bila nak bercuti, aku bawa Pasanganku.
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah MAMA.
Bila sambut anniversary, aku bagi hadiah pada pasanganku.
Bila hari ibu, aku cuma ucapkan "Selamat Hari Ibu".
Selalu aku ingat Pasanganku.
Selalu MAMA ingat kat aku.
Bila-bila, aku akan telefon Pasanganku.
Entah bila aku nak telefon MAMA.
Selalu aku belikan hadiah untuk Pasanganku.
Entah bila aku nak belikan hadiah untuk MAMA.

Renungkan:

"Bila kau sudah habis belajar, bolehkah kau kirim wang untuk Mak?"

"Mak bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah."

Berderai air mata jika kita mendengarnya.

Tapi bila emak sudah tiada....

"MAAAAAA...! RINDU MAMA! RINDU SANGAT-SANGAT....!

Berapa ramai yg sanggup menyuapkan ibunya?
Berapa ramai yg sanggup mencuci muntah ibunya?
Berapa ramai yg sanggup menggantikan lampin ibunya?
Berapa ramai yg sanggup membersihkan najis ibunya?
Berapa ramai yg sanggup membuang ulat dan membersihkan luka ibunya?
Berapa ramai yg sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya?
Dan yg terakhir sekali, berapa ramai yg sembahyang jenazah ibunya?



SELAGI IBU KITA MASIH BERNAFAS.., HARGAILAH IA.



--> tak payah cakap! aku tau korang nak cakap ni copy paste -.-' daa, AAK :P sekurang-kurangnya aku ingat kat mak AKU.

katakata hati : thank you mama, even kakak 15 and 16 wannabe you'll always be by my side. ILOVEYOU <3

Saturday, December 17, 2011

KALAU LA BOLEH ...

Kau ingat Akedemi Fantasia hebat? Idola kecil la, Kamilah Bintang la, ape? ape? haa? PILIH KASIH ? Mari Menari ? #phewwwhh, semua ni rancangan realiti membazir wang ringgit. HAHA :D IMAM MUDA dengan USTAZAH PILIHAN boleh blah lagi laa. Ape aku mencarut ni? aku mencarut ke? tak, tak. AKU MENGARUT =__='



aku nak cakap pasal MASTERCHEF MALAYSIA. wuhoooo ! Inilah the one and only reality show yang AYAH tak pernah miss tengok. okayy, yang lain2 tu, even Imam Muda tu pun dia kata mengarut. HAH? wattta... Lantak! Beberapa menjak mengikuti perkembangan serta pengecutan peserta-peserta ni, rasa teringin pulak...

APA? kau ingat aku teringin nak apa? kejadah nya aku teringin nak masak? aku teringin nak ada pasangan HIDUP yang bergelar seorang MASTERCHEF. fuhhh, JUST WISH -.-'

i'm actually talking about SOMEONE. haha, takkan lah aku nak si IMELDA tu kot jadi life partner aku. GILA APE. BTW, perasan atau tidak, every episode, mesti si IMELDA ni ade kena interview tu. tak pelik ke? MESTI ADE CABLE NI. kalau tak pun, dia bagi free BUNGA BESAR & KIPAS dia kat crew ASTRO. hah, LANTAK dia lah -__-



kembali kepada niat asal aku yang suci dan murni ingin mempunyai pasangan SEORANG MASTERCHEF. yang positifnya, nanti DIA je yang MASAK dan aku GOYANG KAKI, TANGAN dan BADAN, mungkin boleh buat chicken DANCE :D yeayyy!(Y) BTW, yang negatifnya... emm.. jap, aku fikir ....

............................................
.............................................
..............................................
...............................................
.................................................

kejap laaa, aku tengah fikir lagi... emmm... aaaa... ermmm...

...............................................
................................................
.................................................
..................................................
...................................................


TAK ADE ! ohh YES ! haha. EN. ZAMIR, sudikah kau jadi pasangan HIDUP aku? walau di mana jua kita berada, DI DADUR KAH , DI DALAM PETI AIS KAH, DI HADAPAN SINKI KAH.. kan dah kata di mana jua. so kat mana2 lah. okay ape, kau 19, aku 15. ehee. beza 4 tahun je. AZIZ SATAR dengan bini dia lagi jauh beza tau. BAHAGIA je.



Boleh la, boleh la.. cett, kembali kepada TITLE post ni --> "KALAU LA BOLEH" hmm -.- tak mengapa, biarlah angan2 aku terus menerus jadi angan2. ade PAKCIK MISAI LEBAT OPPOSITE RUMAH JIRAN NENEK aku kata, 'angan2 adalah satu permulaan yang positif'

katakata hati: JADI, apa tunggu lagi? BERANGAN lahh. aku kata berangan, berangan lah. DEGIL kan kau. CEPAT lah, BERANGAN !

Friday, December 16, 2011

acehhh.. mengaku jelahh ;)

12 tanda2 yang kau tengah ANGAU -.- jangan tanya kenapa aku post benda alah ni, niat cuma nak berkongsi. jangan segan2 ye heeee .

#yang keduabelas :
Kau cakap2 dengan orang tu sampai lewat malam, and even kau dah nak masuk tidur pun, kau terbayang2 muka dia yang cute miute tu. pastu kau sengih2 :D ceh, GEDIK !


#yang kesebelas :
Hang jalan slow and steady je bila hang jalan dengan dia.



#yang kesepuluh :
Kau buat2 segan malu2 anjing bila dia tengok kau -.-



#yang kesembilan :
Kau tersengih macam polar bear putih iklan fresh&white bila dengar suara dia dalam phone canggih-manggih kau.



#yang kelapan :
Time kau usha dia, kau tak nampak apa2 dah, kau nampak dia je. *sampai langgar tiang bila kau tengah jalan*


#yang keenam :
Pagi, tengahari, petang, malam, waktu mandi, waktu makan, waktu online, waktu tidur, waktu buang air, *waktu SOLAT <-- abaikan.. kau dok bayang muka diaaa je.



#yang kelima :
Kau bajet2 tak perasan yang kau sengih sampai telinga tiap2 kali kau pandang dia.



#yang keempat :
Sanggup meredah 7 lautan, jelajah 7 benua sematamata nak tengok dia. *kalau kau buat macam tu, kau BODOH -.-'*



#yang ketiga :
Dari mula kau baca tajuk lagi, kau terbayangbayang muka dia sorang je dalam AWAN kau. siot la, itu memang angau la tuh.



#yang kedua :
Kau seronok layan perasaan sampai kau tak berapa nak perasan yang takde tanda #ketujuh. haaa tuih :P memang sah la kau angau !



#yang pertama :Kau scroll balik naik atas, cari yang ketujuh, pastu sengih2 lagi. CEH -.-'




katakata hati : sekiranya anda tidak mengalami kes-kes sedemikian, kau selamat dari kekacauan sesiapa dalam hidup. TAHNIAH :p

Monday, December 12, 2011

Matures doesn't come along with age, it gains through EXPERIENCE..

HARI INI DALAM SEJARAH :) haha. bukan hari ni sebebarnyaa. it's on 11 dec 2011, yesterdayy. aku melalui saat-saat manis lagi menyakitkan bersama-sama saudari-saudari bertuah tersebut;

Ilyani Omar, Nur Fatimah Ramli, Siti Ayshah Am Sariff, Nurul Syazwina Azhar, Nur Adilah Rashidy and the HOTTEST Nur Illya Iman Shaharuddin. *sumpah! hiraukan hot tuh* haha.

and it goes like this ouuuuu, ouuuuu .. haha (:

#8.30 pagi yang indah, permai, ceria, menarik, seram sejuk pun ade..
  • mama kejut suruh mandi *ohjeayhh, TEMERLOH ! here we come :)*
  • tetibe dapat message yani "weyh, mak aku suruh gerak pukul 9" . *dlm hati, kejadah haramnya? lawak ke minachi?*
  • then, incoming message satu lagi. "aku main2 je" kurang ajaaaaa kau mak cik. berpeluh-peluh aku terkejar-kejar. CEH -.- taula tak sabar2 nak jumpa aku.
  • makan sandwich buatan MAMA tersayang. iloveyou mama.
#9.00 perjalanan bermula
  • ayah dah ready dalam kereta, *semangat nak suruh aku belah cepat2. haha*
  • dalam kepala, checklist : handphone(Y), camera(Y), duit tol+minyak(Y), vaseline(Y), tisu kenduri (Y) <-- mama yang suruh bawa, akibat selsema yang melanda.
  • okay, dan kami bertolak !
#9.30 hell yeahhh !
  • janji nak jumpa awin kat KFC Rawang opposite TESCO
  • 12 saat lepas tu, aku nampak awin berlilit-lilit shawl di kepala, serba hitam dan COMEL :) haha. *sial lah, apahal aku puji kau ni -.-'*
  • dia pun salam2 and melompat masuk ke dalam kereta MYVI berwarna putih berPLAT WQF 9922, kereta aku lah tu. *mana mampu nak beli kereta besar2*
  • adik pun menggedik2 dengan awin :P menyampah aku.
#9.45 saat ni aku sedar yang batu caves ialah tempat orang2 kulit tak berapa putih. *sorry*
  • nampak ecah dah sampai dengan ayah dia. ehhhh.. naik motor ? dari BALAKONG ? biar betik la makcikk.
  • ecah pun tunjuk lah hadiah yang dia dah beli.. haha, pembalut dia comelnakmampus :) gambar ikan. haha.
  • tunggu yani ambik dalam 9 minit 59 saat. *sambil kutuk2 batu caves* haha.
#10.00 bersantai bersama cokodok
  • aku ingatkan dah nak gerak, ceh -.- dia bawak gi rumah dia dulu. okay, FINE -__-
  • dalam perjalanan tu, yani yang masih bertudung indon kelentong macam haram. haha. bongokla kau, nasib baik kita madu.
  • masuk2 bilik yani, nampak timah sudah ayu berbaju kurung and get ready. ikut tema, warna purple youuu. haha.
  • tunggu yani minta kakak dia pakaikan shawl, bla.. bla.. bla..
  • pabila di meja makan, terasa lapar pula. haha. dengan kereknya, aku bersuara. "eh, yani! aku lapar lahhh, kau tak nak hidang ape2 ke ?" "air takde ? nak suruh aku tercekik ke ?"
  • hahahaha, yani buat je, kesian dia. aku tak sedar diri kat rumah orang. haha.
  • lepak2 makan cokodok sat...
#11.00 sejam telah berlalu...
  • sempat lagi abang yani pergi jumpa kawan dulu. haish -.-' bukan main lagi nak turun pukul 9 la ape laa, alih2 kembali pada rancangan asal.
  • merepek2 kejap, and abang dia sampai.
  • perjalanan dimulakan dengan doa AL-FADHILAH USTAZAH ILYANI -.- haha.
  • kami bergerak ke GIANT BATU CAVES nak pick up adilah. haha.
  • dalam hujan, adilah meredah masuk ke dalam Unser berwarna hitam *tak ingat plat la*
  • and NOW we're complete. ceh eh .. excited lah -.-'
  • nak bagitau kedudukan nih :
  • di barisan hadapan cettt .. FIRDAUS OMAR (driver) and ILYANI OMAR (co-driver)
  • tengah.. FATIMAH (belakang driver), AWIN (tengah) *straight je dengan air-cond*, ADILAH (belakang co-driver)
  • belakang sekali iaitu tempat VVIP terlebih AYSHAH dan AKUU :) ngeee. diorang kasi duduk belakang sebab diorang kata aku dengan ecah macam 4 orang. cis -.-' takpe2, kitorang selesa sampai boleh bersilaa tau .
  • actually mama yang pesan suruh duduk kat belakang akibat penyakit yang menyerang aku, sekali tiga . PAKEJ youu, selsema + batuk + sakit tekak :D suara pun dah lain.
#12.00 PLUS! nantikanlah ketibaan kami..
  • sepanjang perjalanan, aku bercerita dengan ecah. macammacam lah aku rasa, sampai hilang rasa penyakit aku -.-' haha. thanks makcik, for being a good listener.
  • baru lepas tol gombak and HELLLOOO HIGHWAYYY !
  • sumpah dah selalu gila lalu sini, *kawe kelik KLATE, lalu la jale ni*
  • telinga dah mula berdesing
  • banyak kereta, and sangat jam, sambil yani menyanyi2 and kacau2 orang dalam kereta lain *haha, dah excited sangat.
#12.30 and where everything beginsss
  • okayy, lalu terowong GENTING SEMPAH and timah pergi ingatkan pasal volkswagen kuning punya cerita. cehhh -.-' nasib baik tengah hari buta waktu ni.
  • dah nak sampai penghujung terowong, kereta mulai bergerak perlahan. kitorang masih bergelak2 lagi. haha.
  • ecah macam dah takut. tapi kami teruskan juga perjalanan walaupun bergerak macam kurakura.
  • andd, terjumpa stand telephone yang warna oren tu. waktu tu tak tau lagi ape masalah kereta, ingatkan tayar pancit.
  • mula2 yani tengok, 'aku tak tau lah, pancit ke tak!' adilah pulak 'erm, macam pancit je' tiba2 awin dengan yakin mencelah, 'meh sini aku tengok!' sambil menghulur kepala keluar, 'ehhh, pancit nih, macam lain je rupa tayar ni, nk kempis sikit'
  • hujan rintik2 kat luar, tapi kita kena usaha kan? so awin and adilah pergi la kat stand telephone tu, and cakap 'ENCIK, TOLONG KAMI! TAYAR KERETA PANCIT!!' hahaha.
  • telephone tu pun bersuara 'PIHAK PERONDA KAMI DALAM PERJALANAN'. hotak diaaa!
  • tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu ..haha, mesti korang pun tunggu kan ? biarlah, biar terasa sikit penungguan kami.
  • eh2, bila abang yani keluar tengok tayar tu, rupa2nya, tak pancit pun. cis -.-' hahaha. lawak je. tapi takpe yang penting dah panggil peronda.
#12.45 cisss -.-' memang menguji kesabaran
  • walaupun suasana agak sejuk *bukan agak memang sejuk tahap gaban lah* tapi kat dalam semua dah berasap2. PANASSSS !
  • ade ke tak sampai lagi, lama kot. ade yang dah nak ter CARUT tapi tahannn......
  • 2nd attempt, yani ngan ecah pulak turun cakap dangan stand telephone tu -.-
  • ecah cakap ape entah, pastu kena marah ngan yani, 'dah! tak payah cakap, suara kau macam budakbudak!'
  • haha, padan muka kau gemok! hahaha. kitorang dalam kereta ambik2 gambar.
#1.00 dan........ satu jam telah berlalu
  • setelah tersalah anggap terhadap banyak kereta, akhirnya MTD tiba. rasa macam nak sujud syukur on the spot.
  • baru ingat nak kenyit2 mata sikit, tapi tak jadi.
  • nampak si MTD tu cakap2 dengan abang yani sambil kerut2 dahi.. i wonderr, ape yang diorang cakap haa ?
  • dengan selambe badaknya ade sorang abang MTD masuk kereta sebab nak test enjin ke hape bersama 6 orang anak dara pingitan ni haa, haha. takut weh, zaman sekarang, apa pun boleh jadi.
  • dia pun keluar dan bersaksikan pokok2 kat tepi highway ni dia pun mengeluarkan kata2 yang 'ini tak boleh nak buat ape dah, formen abang kena cari sendiri. kami tak boleh nak buat ape2 lah'
  • ini memang mintak carut tahap maksima ni, haram jadah tak guna betul.
#1.20 is it the exact time? haha, lantak lah, lebih kurang la tu.
  • perjalanan diteruskan *masih dalam keadaan kurakura* abang yani pasang lampu yang kelip2 dua2 belah tu. ape la nama dia tahh .
  • cuma bezanya, peronda MTD tu ikut dari belakang.
#1.30 TAKUT !
  • dalam 10 minit peronda tu ikut, and dia tengok kitorang macam laju je *sebab turun bukit lah bangang!* jadi dia pun belah laaa.
  • dan seperti yang dijangka, kereta terSTOP tiba2. abang yani tekan minyak dah habisss and gear pun dah menggeletar satu macam dah.
  • tanpa teragak2, aku cakap, 'jom2 keluar, berat sangat ni, jom tolak, TOLAK!'
  • dengan berbaju kurung dan sandle HOT-NAK-MATInya , kitorang pun mulakan aktiviti menyayat hati, MENOLAK SEBUAH UNSER HITAM.
  • dan sure2 lah orang2 dalam kereta yang lalu pandang semacam jee. LANTAK lah, tengah takut niiiii... !!!
  • setelah berpenat lelah, ape lagi.. naik balik kereta. *lupa nak cakap, sempat ambik gambar okayyy*
#1.40 antara hidup dan mati jee weh :'(
  • hambikkk !!!... terbeliak mata tengok bukit kat depan, dengan membaca surah al-insyirah di mulut, abang yani teruskan jugak.
  • kat tengah2 tu, kereta STOP sekali lagi. okay, yang ni cuak habis, memang habis, habis GILA !
  • ecah dah pucat. yang lain macam dah clueless, taktau nak buat ape. abang yani keluar kereta sebab nak tolak *dan niat taknak susahkan kitorang*
  • dan.. ape yang lagi takut, abang yani suruh yani yang handle kereta.. WTH ? no way.
  • dalam hati aku dah berdebar satu macam, tak boleh nak tengok belakang.. SERAMMM !
  • sebelum sempat buat ape2, ade satu kereta saga berhenti depan kitorang. and keluar seorang pakcik berumur dalam lingkungan 40-an yang ala2 gangster gitu *jeans dan t-shirt yang collar dinaikkan dan tak butang* just imagine !
  • buruk sangka kitorang bertubi2 kat pakcik tu
  • then, abang yani pun cerita laa 'pakcik ni dari tadi sebenarnya dah ikut kita dari tadi. dia tengok kereta kita macam ade yang tak kena je'
  • okay, lega sikit tapi still ade syak wasangka yang mendalam.
#2.10 and we're stuck here like FOREVERRR !
  • hidup kitorang memang tunggu je hari ni. so tunggu lagi untuk formen pakcik scary tadi.
  • tup tup , yang datangnya india. tak kisah la, asalkan selamat. INSYAALLAH :D
  • yang agak ajaibnya, kereta kitorang ditarik oleh sebuah kereta saga. hmm -.- i wonderrr.
  • haha, takpe jangan persoalkan kehendak ALLAH.
  • uncle india tu bawa la kitorang sampai PETRONAS LENTANG. haiyaaa.
  • kitorang turun, rushing gi toilet. haha, taktahan kot. SEJUK. errr =__='
  • solat2, makan2, ambik2 gambar... *banyak pulak* haha.
  • tak tau nak cerita kat sapa. serious rasa nak nangis :'(
#2.45 okay, BOSAN
  • dah bosan tunggu dalam petronas tu, kitorang pun bergerak ke kereta. nak usha kejap.
  • alih2, tanya pakcik tu, dia kata lama lagi.
  • eh, jangan ingat kitorang dah putus harapan. matahari ade lagi okayy.
  • yani pun, dengan sipu2 kucingnya call cikgu hanisah. muka yani mintak kaki gila 'cikgu, kami ada masalah sikit, kereta rosak! insyaALLAH kitorang sampai nanti, cikgu janganla buang make-up dulu'.
  • cikgu tak touching langsung, hahahaha 'kalau awak tak sampai dalam pukul 3, saya tukar baju, nak SOLAT'
  • gila ape nak heading ke TEMERLOH 10 minit ? haihhh -.-'
  • punah jahanam hancur berderai harapan ! ALLAH je tau. takpe2, relax, cool , CHILL!
#3.30 hampehhh :P
  • rasa macam panas lah pulak duduk kat luar. ape lagi, masuk balik...
  • makan ICE-CREAM cornetto kisses (aku,ecah & timah) *thanks ecah, kau belanja aku* awin & adilah beli air and yani pi beli keropok.
  • hilang la kejap rasa duka. masing2 termenung tak tau nak cakap ape. perasaan bercampur baur sudahh.
  • yani asyik keluarmasuk keluarmasuk dok tengok abang dia. siap bawa berita lagi 'weh korang, diorang gi ambik barang kat bengkel diorang dulu, ade kena tukar benda ape tah'
  • okay, macam haram la kann.
#4.15 PARENTS' TIME
  • kalau ikut rancangan awal, waktu ni dah dalam perjalanan balik. oh tidak!
  • aku pun fikir punya fikir. tak boleh jadi ni. so, masing2 capai phone and tarik nafas dalam2 and call.
  • macam2 la feed back. takut gila kot.
  • waktu ni baru dok confuse, nak teruskan ke ? patah balik ? terus ke balik ? argghhhh .
  • sumpah rasa nak meraung kat situ. tapi, kena ingat, jaga ayu tu, BAJU KURUNG kakk !
#5.00 tak siap lagii ? WTH ?
  • BOSAN lagi.. keluar balik, tengok kereta. orang yang baiki kereta tu tak sampai2 lagi.
  • lepak2, ambik2 gambar. memang merempat lah kitorang kat situ. *time ni nampak ade anak cina kencing kat dalam longkang. deyyy, ade toilet lah*
  • akibat bosan, yani call cikgu HANISAH sekali lagi. 'cikgu, kereta tak siap lagi laa, cikgu boleh tunggu ke? kami tak kira, nak juga pergi !' haha. cikgu kata 'lauk banyak lagi, datanglah, saya tunggu sampai 6.30'
#5.45 just wait for miracle happen!
  • tak sampai lagi kot orang yang baiki kereta tu.
  • adeyy, macamana ni ? tengah lepak2 tu, datanglah seorang mamat pertengahan umur berkereta ESTIMA putih parking selang satu dari kereta kitorang.
  • dia tanya la nak gi mana apa semua.. pastu dia kata 'saya pun nak menghala ke sana ni, kalau ada emergency, boleh la tumpang' dan dia berlalu pergi, *tak tahan nak gi toilet agaknya* eh2, pastu dia pandang lagi, and dengan kereknya dia tekankan 'kalau ada EMERGENCY la'
  • hey, tolongla. kitorang pun taknak lah! pigi dahhh. haish -.- mentang2 kitorang HOT nak bajet pulak, hahahaha.
#6.15 at last!
  • ALHAMDULILLAH.. orang baiki tu dah sampai.
  • ishh, berjanggut tau kitorang tunggu. aku siap mintak sofa lagii. bangang! haha.
  • tak sabar dah ni.. yani call cikgu lagi, 'cikgu, macamane ? boleh lagi terima tetamu? haha. kitorang sampai dalam pukul ...... jap2, saya tanya jap' alih HP sikit, yani tanya kat abang tu, 'bro, amacam? lama lagi tak?' 'SEJAM LEBIH JE LAGI' OMK! *oh mak kau!* on the spot terus decide tak jadi pergi.
  • sambung cakap dengan cikgu.... 'takpelah cikgu, lambat lagi agaknya. hadiah kami bagi waktu result nanti ye. SELAMAT PENGANTIN BARU, moga kekal ke akhir hayat'
  • then yani past2, aku & awin pun ucap lah SPB kat cikgu. yesss! rindu pulak nak dengar suara cikgu. haha.
  • and masing2 muka hampa-nak-mati. gila la weh.
#7.00 bye2 matahari !!
  • hello moooonn ! haha. dah gelap. aku dah terbayang2 muka mama & ayah kat rumah.
  • ecah dah risau tahap melampau dah, kena grounded pulak lah ape lah.
  • solat maghrib pulak. doa banyak2 yee.
#7.30 sujud SYUKUR !!!
  • YA ALLAH ! akhirnya.. kereta dah siap, masing2 fikir nak balik je sekarang ni.
  • ambik2 gambar sikit lagi, haha. KENANGAN lah katakan..
  • tunggu dalam kereta, and waktu tu bersyukur gila ada kerusi dalam kereta, sakit belakang kot!
  • kitorang usha dari dalam kereta, abang yani tengah bincang hal BAYARAN dengan pakcik baiki kereta tu.
  • and you know what, kena bayar RM 3200 CASH ! yang tak tahannya, dia mintak cash ! dia takut kitorang tipu lah kot -.-
  • lagi best, ayah yani ade kat KUCHING, and kena cari bank nak bank in .
  • and, we have to wait untill 8.30pm.
  • haiyaa, TUNGGU LAGI ! separuh mati dah aku dengar perkataan tu. TUNGGGUUUU !
  • ape boleh buat, nak tak nak, kena jugak lah.
#8.30 ini baru betul2 settle
  • the moments we've waited for soooooooo longggg :P
  • bila bergerak, yani conduct DOA again.
  • hmm -.- DRIVE-THRU McDONALDS here we come.
  • yani payung kami semua, haha, tapi ecah hulur jugak RM10. takpelah.
  • makanmakan, cerita2 balik pasal 7 jam kat highwayy. adoyai.
  • sedap kot SPICY CHICKEN McDELUXE. makan samasama, awww.. sweet habes.
  • dapat fries special lagi, twister yang SEDAP. haha.
#9.45 perjalanan bakal berakhir
  • aku & awin stop kat PETRONAS batu caves, hehe. aku pulak tumpang awin. yeah! we are the RAWANGians, haha.
  • dalam kereta senyap je. haha. takut, ayah awin dah tanya2 dah. hahaha.
  • aku hantar alamat rumah awin, and tunggu mama and ayah ambik
  • berdebar2 nak menghadap muka parents ni, menggigil lutut. *haha, over*
#10.20 okay, we're done :D
  • mama and ayah sampai ! okayy, the end of journey guysss.

ni link nak tengok gambar sadisss ! haha http://www.facebook.com/media/set/?set=a.326305770713636.88199.100000026472940&type=3 camera aku cikai2 je, awin ade bawak dslr, tapi tak upload lagi. so tunggu jelah, dalam tu lagi banyak gambar.

katakata hati : aku nak post benda ni pun ambik masa 7 jam. haha. kawankawan yang dicintai, AKU TAKKAN LUPA TARIKH KERAMAT NI. Thanks for the greatest ever memories !

Saturday, December 10, 2011

Zaman pangkah-MEMANGKAH (X)

hello pretty eyes *anggaplah aku tengah cakap dengan gaya gedik and sambil tengah bukak sunglass vouge nenek aku sambil kelip2 mata kat you guys* daaa. aku pun geli. BTW, rindu zaman2 teater di sekolah. kami bekerja keras tanpa henti tapi masih menari :) this post is not about dance or whatever... tapi pasal musim politik ni.


i'm not a politician, and sangat jauh lagi untuk meminati benda2 alah ni. eventhough one day nanti aku akan involve jugak, but.. lantak lah, DO I LOOK LIKE I CARE ? -.-' erghh. tension la, nak berMUKA BUKU pun orang dok sembang pasal politik, takpayah cakap la vids dekat youtube, bersepah macam haram. dahla berita and paper memang takkan jauh dengan isu ni. haiyaa, terpaksa tau jugak lah hal2 duniawi ni.

seriously, aku tak tau langsung pasal these politics thing. mungkin ramai cik abang/kakak melihatnya dari sudut positif, but for me.. meh kita tengok yang negatifnya.

#1. kerana politik, adik-beradik bermusuh
#2. kerana politik, kawan-kawan bergaduh
#3. kerana politik, saudara mara berpecah
#4. kerana politik, jiran tetangga MUSNAH -.-'
#5. the last and most important manusia boleh lupa TUHAN ..

Astaghfirullah hal 'azim.. itu pendapat aku lah. everyone ada kepercayaan masing2. even UNGU nyanyi lagu PERCAYA PADAKU 1000 kali pun, kalau tak nak percaya, then... enough! and shut up! walaupun lagu ni takde kena mengena, lantak lah, dengar je..



tak kisah la korang nak pangkah yang mana pun..

kerajaan kee ..

pembangkang kee..

ape yang penting? kerjasama .. ape yang penting? kerjasama .. haish -.-' mana pergi kerjasama semua? haiyaa. ape yang lagi tak boleh belah, sebab POLITIK nih, ade yang mempersendakan hukum ALLAH. astaghfirullah.. sudah2 la, Allah tak menilai kita melalui parti apa kita ceburi, semuanya bergantung kepada iman dan amal. i bet you've already see this ;



Firman Allah SWT :

وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا جَزَاءً بِمَا كَسَبَا نَكَالًا مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ – سورة

المائدة: 38

Yang bermaksud : Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Friday, December 9, 2011

THE FIRST ONE

Testing, TESTING 4,5,6 :) yeay ! microphone tak berbunyi, tapi aku masih boleh menaip. Ucapan syukurku tak terhingga. okey, takde idea nak taip hape. BTW, terima kasih 2011, u've been great.

tapi sekarang kebosanan tahap gila NAK MATEKnya. aku sayang adik aku, tapi dia lagi sayang ASTRO CERIA 'untuk kita aje' dia tu. cis -.-' pagi-pagi bangun, LARVA, favourite tv channel. bestlah untuk manusia yang belum datang bulan macam dia. then, ade KLIK lah, ELLY & EPIT lah. Dragon Ball and Detective Conan juga. takpasalpasal aku hafal jadual channel ni-.-' Ape kejadahnya semua ni ? tapi, ALLAH maha adil sebab aku ada tahap kesabaran & keIMANan yang melampau. jadi aku tak kisah dan layan dia sekali. *walaupun mama letak nama IMAN untuk kitorang semua, takde lebih takde kurang, aku jugalah yang bijak menggunakan nama tu.

***ala2 macam ni la aku terpaksa tengok dia -.-'


mungkin aku nak cakap pasal benda ni, tak taulah apa tajuk dia. tapi more to ... hmmm -.- errr, aaaaa ... ape2lah. aku tak suka bila ade manusia yang mengutuk sesuatu yang diorang tak suka depan orang yang sangat suka benda tu. hmm -__- faham ke tidak? aku tanya ni, faham ke tidak? ape2 pun jawapannya. beginilah ...


MAMAT BANGLA suka awek MELAYU, tapi BROTHER INDON tersangatlah tak suka minah2 MELAYU ;


*** kalau macam ni, bukan bangla je yang suka. haish =='

MB : aduh, itu perempuan cantik lah, kulit cerah, hidung mancung, telinga boleh mendengar, senyuman rasa GULA, aduhh! cun saja :) seronok mama dapat menantu macam tu.

MI : benaren itu perempuan melayu ? gi mana bisak cantik ? enggak lah. lu ini buta atau mau gua buta'in? menangis loh nanti nyokap kamu melihat menantu begitu. 3 hari 3 malam jumpa bomoh siam enggak mauk ah.

#deyy.. everyone has their own taste la bratha ! haiyaa. stop it.

Mungkin begini pun ada juga..


durian meme faveret MEK JAH , tapi MAMA MELLY bila nampak durian je terus nak mencarut ;

*** MELLY letak benda ni sekeliling dia

MJ : ya ALLAH ! kawe tok penoh jupo durie (durian) sedak gini. manih, sedak la abe weyyy. kawe ghoyak ko demo, rugi la sapo tok raso durie nih.

MM : *dengan seleng ala2 minah inggeris* eiuwww, JAH! ape you makan ni ? eiuwww. shit, @%$*^ , &*%^$^ ... habis berbau baju I, you tak payah dah makan ni, tak sedap langsung. kalau you bagi I durian you ni dengan selipar celup tepung, I rather makan selipar tu tau ! ishh. tak kuasa I !

#perkara2 sebegitu mampu menyakitkan hati orang, cuba letakkan kita di tempat mereka2 tu. things goes VICE CERSA, what you give, you get back okayy and what goes around comes around.

katakata hatiku : jangan buat macam ni kalau nak hidup lama. haiyaa :P

ape tengok2 ?

#cehhh. pandang ape lah? mane ade post dah :P