Thursday, December 6, 2012

BASKETBALL -.-'

Salam. Fuhh fuhhh fuhhh. *tiup sawang sikit* Tarik nafas, lepas.

Title mudah dan padat. PHEWWWH. I hate it but I love it. PASSION? It was, but now? Nahhh.

Form 1 (2009):
Orientasi at SainsKU. Ada beberapa PRS 'handsome' dan cun which is also basketball players bagi kebebasan untuk memilih Sukan dan Permainan untuk isi kekosongan waktu kokurikulum. Macam2 feedback aku dengar dari budak2 form 1 yang lain.

MR. A: Nak pa kata sidak tok. Sikda ku mok bersukan juak bah.
*subs*: apa diorang ni, aku taknak bersukan pun -.-'

CIK B: Dolok kamek wakil SARAWAK main boling koh. Sikda kelab boling kah sitok?
*subs*: dulu saya ni main boling, wakil SARAWAK. takde ke kelab boling kat sini?

AKAK C: Banyak gilak sukan nok kamek main tok. Giney mok milih? Angol nyawa mikey eh.
*subs*: Kite main banyak game la. Macam mana nak pilih? Pening ahhh !!

Hmm, as for me.. apa2 game asalkan yang tak menggunakan kayu kayan. Hehe. Only balls okay? So, bila diorang ni kata netball and handball tak aktif kat situ, I gave basketball a try. Aku tanya abang tu, kalau pernah main bola baling, boleh ke main bola keranjang ni? Then dia kata, of course. Kemahiran 'passing' and 'dribbling' semua tu ada je dalam handball kan. Seniors kata, kalau nak melancong selalu, join la basketball. Tiap2 tahun travel naik BELON :) Aku pun, apa lagi. Tengok diorang punya videos lagi. Diorang buat mini show main dengan bola2 tu.

Luckily, KELAB BOLA KERANJANG SainsKU is very very very active. So, dalam masa setahun pun, aku dapat macam2 dari sini. Team SainsKU ada Chinese Coach dari luar. Tapi dia lagi focus kat lelaki la. Tapi yang perempuan ada Sensei which is also a Chinese and awesome. Dalam kelas macam singa kat court macam mak. Antara aktiviti yang ada, latihan dengan coach NEGRO, tak ingat dari mana. Dia ajar macam2. IT WAS REALLY FUN! Ada juga join tournament under-14. Lawan dengan budak2 sekolah cina. Memang tak lah. Every weekend mesti ada latihan kat dewan luar. Perghh, terbaik.

Form 2 (2010):
Here I am in SABDA. Sekolah baru. Court baru. Macam takde sapa pijak je lagi. Rasa sayang tinggal SainsKu. Hmm, but still aku gi riadah je, aku pergi main basketball sorang2. Rasa pelik tapi takpe. Waktu kelas PJK yang first, Cikgu Faris ada cakap pasal sukan2 elit. Dia ada juga suruh buat team untuk certain sukan termasuk basketball. Since that, ada la training petang2. Court terbahagi dua. Form 5 and Form 2. Assabiyah. Ada pemilihan, tapi waktu tu diorang pilih 10 orang je players. Yang form 2 ada 6 orang terpilih ; Khaireen, Batrisyia, Farah, Ayu, Aquratul, Aku. Ada tertampal kat papan Aspuri. Haha, bahagia nampak ada nama aku.

Pergi HKSBP Zon Utara kat Semuji. This was the worst experience of all. Orang kata, 'start from zero' kan? Dan itulah apa yang kami alami. Malu lah nak cerita. Yang penting memang kena belasah. Cikgu Diyana sampai nak tarik diri. Nyaris before last game tu, ada hamba Allah yang menamakan dirinya 'James Bond' naikkan semangat dan sikit tunjuk ajar. Last sekali, dapat lah kitorang pecah telur. Tahap happy dia macam menang! Haha.

Form 3 (2011):
PMR year. Tapi, still main. Ada pemilihan awal tahun, untuk HKSBP. Cikgu Hafiz kata, sapa yang dah masuk tahun lepas, belum tentu lagi dapat masuk tahun ni. Maybe takde sapa nampak, tapi aku kerja keras. Stamina dah la ZERO -.-' Alhamdulillah, terpilih. Kali ni, yang form 3 tambah lagi 4 orang; Wawa, Lili, Nisa, Farhana. Memang conquer habis. Tak bagi can. HAHA. I had so much fun with all of them. Much2 better dari 2010. Aku banyak spend time dengan WAWA. Seronok gila. Kitorang selalu tengok Thaqif & Ikhwan main kat seberang court. Kitorang bajet2 nak jadi macam diorang. CHEMISTRY -.-' HAHA.

Kami buat kejutan, jadi Naib Johan HKSBP Zon Utara 2011. Tournament kat sekolah sendiri. Adat lah kan, main saiko2 ni. Banyak sekolah tak puas hati. Habis kitorang dicaci dimaki. Allah je tau sakit hati ni macam mana. Tapi, at the other side, pihak sekolah bangga2 all this thing. Kitorang tak minta. Benda ni sampai menimbulkan konflik dengan the BOYS. Hmm. KFC lah apa lah. Tapi, jauh kat dalam aku sedar aku tak menyumbang apa2. Setakat duduk kat kerusi pemain dan tak buat apa2. Nak cukupkan pemain je. Ahh. Tak semua orang faham. Aku tak layak untuk semua penghargaan ni. Mak Cik Intan & Pak Cik Azmi belanja makan, Cikgu Diyana basuhkan baju bla bla bla. They were just soooooo sweet.

Bila dah jadi Naib Johan, sure la pergi kebangsaan kan. TKC here we come. Kat sana rasa kerdil gila. Macam culture chock pun ada. Tapi takpe, my lovely teammates will always be with me. Kitorang merepek2 je. Cikgu Hafiz kata, tahun ni kita melancong je. Cari pengalaman. Even banyak juga benda yang bagi tekanan, takpe. We faced it together. Macam semua orang agak, WE LOST. Haha, yang penting dapat rasa makan kat hotel dengan kawan2, pakai blazer, macam2 lagi lah. Hujung tahun, basketball team dapat anugerah. Untunglahh.

*YANG FORM 4 AKU SAMBUNG NANTI LAH, COMPLICATED SANGAT*

Monday, February 6, 2012

Salam Maulud ;)

hey ebelibodi :) <-- itu rempit, aku tau :D
hmm, Assalamualaikum.
just wanna share, semalam pergi tengok 3 movies in a row.
ehee, with baju kurung.

Underworld awakening ;



Chronicle ;




Haywire ;



haha, enjoyy :D agak lemah jantung jugak la, tengok 3 ACTION movies tanpa henti -.-

katakata hati : kalau rajin pi tengok.

Tuesday, January 24, 2012

cuba bandingkan -.-

post kali ni,
buat adinda ter'cinta' NUR ILLHANA IMAN BT. SHAHARUDDIN ;)



kalau aku dulu, befday umur 5 tahun dah kena jerit kat mama sebab tak solat.
tapi dia sekarang, dah masuk darjah satu pun tak mula lagi, apa nak jadi ?

kalau aku dulu, mama & ayah marah guna rotan, terus senyap.
tapi dia sekarang, mama marah macam nak histeria pun menjawab lagi, dengan nada annoying pulak tu, apa nak jadi ?

kalau aku dulu, bawak balik piala ke hape ke, terus simpan dalam almari.
tapi dia sekarang, bawak balik apa2 medal, letak luar dulu, dalam seminggu dua agak2 dah bosan tengok baru simpan.

kalau aku dulu, gusti dengan abang, mesti kalah. *last2 nangis, ok yang tu segan*
tapi dia sekarang, gusti dengan sesapa pun, kita yang kalah. seperti kata pepatah labulabi, urat dawai, tulang besi -.- *dia nangis jugak, tapi kita pun sakit*

kalau aku dulu, merajuk dengan mama, haramm tak ade yang nak memujuk -.-'
tapi dia sekarang, merajuk dengan mama, ayah ade. merajuk dengan abang, kakak ade. ade je back up, ape nak jadi ?

kalau aku dulu, dari tadika lagi naik bas, naik van pegi sekolah.
tapi dia sekarang, pergi balik, mama jemput macam princess -.-'

kalau aku dulu, mama tak tau pun aku makan apa kat sekolah.
tapi dia sekarang, mama siap ada jadual lagi, hari ni beli apa, esok beli apa..

kalau aku dulu, hari bergambar pun tak tau bilaa.
tapi dia sekarang, hari bergambar, terus jadi lawa, dapat gambar mama terus laminate.

kalau aku dulu, setengah bulan je menyusu badan. *haha, aku yang taknak*
tapi diaa, befday 4 tahun baru stop.

kalau aku dulu, once orang tua kata 'TAK BOLEH!', fine, that's it.
tapi dia sekarang, lagi orang kata tak boleh, lagi dia nak, ape nak jadi ?

kalau aku dulu, buat homework takde sape ajar.
tapi dia sekarang, aku ditinggalkan sorang2 buat homework dia, apa nak jadi ?

kalau aku dulu, dari darjah satu basuh kasut sendiri. *jarang2, adela mama basuh*
tapi dia sekarang, mama basuh, mama kapur. hamboihhhh, apa nak jadi ?

kalau aku dulu, bedtime stories? phheewwwhh, not even once.
tapi dia sekarang, bila2 mama avail, 'mama, ceritakan satu cerita! cerita haiwan ke, kisah nabi ke..' untung laaa.

kalau aku dulu, cakap kat ayah nak itu ini, itu ini. jawapan standard, 'ah, mengarut'
tapi dia sekarang, ayah yang offer, aihhh, ni lemak ni -.-

kalau aku dulu, ade la sikit sebanyak tinggal parut sebab rotan.
tapi dia sekarang, rotan pun tak pernah rasa, apa nak jadi ?



coretan buat hang,

apaapa pun, kau adik aku. aku redha. nasib aku la dapat adik macam kau, nasib kau jugak dapat kakak macam aku. aku tak sempurna, kau pun. aku appreciate ape yang kau banggabangga kan pasal aku, walaupun aku bukannya hebat mana. tak payah la jadi macam aku, you deserve to be better. please do not continue your current attitude. orang tak suka kat kau nanti. and more, respect mama please. kau cakap dengan mama, mengalahkan cakap dengan aku. kau pukul sana, pukul sini. Mama tu mak kauuu! be greatful with your life which is much more better than mine. I know you're just 7, but you should understand. maybe orang akan gelak kat aku sebab tulis post macam ni kat budak umur tujuh tahun. i repeat, TUJUH tahun. but you never sound like one. kepada yang kenal dia, tahu laa mulut dia macam mana. erghh, NYARIS KAU ADIK AKU -.-

katakata hati: ini bukan post jealous, cuma membuka mata dan kepala otak (: and, aku dah bosan dengar orang cakap 'muka kau macam adik kau lah YAYA' haha, muka dia yang macam muka aku -.-'

Monday, January 23, 2012

.:: muhasabah sebentar ::.

SURAT DARI SETAN UNTUK MU

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai
santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan solat Ishak sebelum berangkat
ketempat tidurmu

Kau benar2 orang yang 'bersyukur', Aku menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak
merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,

dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu.

Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.(astaghfirullah)

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari syurga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu
sepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana
untukmu dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,

dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterimakasih padamu, keranana aku sudah menunjukkan
kepadaNYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita
jalani.

Kita tonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong,
munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang
dari belakang, tidak hormat pada orang tua , tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.

Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana
berbuat dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong,
berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.

Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas
dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap
melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.

Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau akan biarkan surat ini begitu sahaja...

katakata hati: renung-renungkan dan selamat beramal ;)

Saturday, January 21, 2012

dunia akhir zaman (:

2010,
- aku pergi cinema tengok movie 2012 ;) dalam hati kata, "takpe.. 2 tahun lagi"

2011,
- alkisahhh -.- busy sangat dengan PMR sampai tak sedar dah habis setahun. macammacam sukaduka dah ditinggalkan sebagai kenangan & memori selamanya.

2012,
- tup tap tup tap dah hari ke 21. lewat sangat ke nak wish selamat tahun baru? lantakk. tiap saat orang wish sana sini pasal tahun baru, aku lepak je. belum rasa apaapa. kalau ikut kepercayaan manusia2 'bijak pandai' barat, diorang kata, tahun ni kiamat. ade sesapa yang goyang ke? ade ke? kalau ade baik ketuk kepala dan fikir balik. tolong berpegang teguh pada isi kandungan kitab suci kita. aku bukan mahir, cuma sekadar mengingatkan diri sendiri. ade khabar yang negara Vietnam ke Myanmar tah yang letak tarikh kiamat dalam kalendar. aku gelak-gelak sampai senak kot. see how those people think.



walaupun ikut kalendar aku belum 16, tapi dekat sekolah aku dah duduk kat kelas bawah sekali di blok bertentangan dengan kelaskelas terdahulu. takpercaya sudah. kau ingat jadi form 4 seronok ke? deyyy, ape la. dengan busy sana sini, dengan nak belajar macammacam yang baru. OH SHHH...... aku ni dahla tak berapa nak bijak sangat a.k.a lembab lah senang cerita. Yang Maha Kuasa je yang boleh tolong aku. abang kate, jangan harap pada makhluk, harap pada Allah. okie dokiee. takut nak berhadapan dengan dunia lepas ni. selama ni terperuk dekat Bagan Datoh boleh cerr la. dua tahun lagi, dah kena keluar *tu pun kalau panjang umur la* ishh, taknak aku, takut la. TAKUT. baru 21 hari berlalu, dah macammacam aku lalui. kena hadapi sebelas bulan lagi untuk peperiksaan besar. CEPAT SANGAT tu. seram sejuk aku. jiwa aku belum remaja, masih budak-budak lagi. hahahahhaa, bajet muda. tapi betul, belum sedia nak memikul tanggungjawab nak pimpin diri sendiri tanpa bantuan.

masalah aku yang ketara ialah, takde citacita, takde wawasan. aku taktau ape yang aku minat, aku taktau ape yang aku hebat. haaaa, sudah. asal orang tanya je aku nak jadi apa nanti, ayat standard aku jawab, "aku nak jadi surirumah berPHD". aku main cakap je. dan suap balik yang aku dapat, "buat penat je kau belajar tinggitinggi lepas tu jadi suri rumah". aku tak penat pun laa belajar. aku belajar sebab menuntut ilmu tu fardu ain and kita kan belajar sampai liang lahad, so what's the problem? dekat akhirat nanti tak ditanya pun kita kerja gaji berapa. yang ditanya, amal kita, amanah kita. common, be open la people. apa salahnya kalau aku nak jadi surirumah pun. tapi, tak salah jugak kalau aku masih berusaha mencari citacita untuk dunia. walaupun yang kekal nanti tulah wawasan sebenar. orang asyik duk cakap "zaman sekarang ni, perempuan pun kena kerja. at least ade back up kalau kena tinggal laki" nauzubillah. aku taknak la kan. tapi insyaALLAH kalau kita sangka baik dengan DIA, DIA beri yang terbaik untuk kita. yakin itu penting.
*tau tak suap balik tu menatang hape?, haha. sekarang aku dah belajar BIO dan it's in MALAY. istilah SUAP BALIK bermaksud FEEDBACK* yessss! aku reti guna. haha. credits to teacher diyana.



ini masalah berkaitan sekolah. untuk lebih spesifikasinya, masalah BATCH. aku ingat baru 21 hari, semuanya elok lagi. hmm, hampeh, belum apaapa dah buat hal. cukupcukup lah keras kepala kawankawan. sumpah aku dah malas kena marah sebab kesalahan orang lain. nak bernanah dah telinga aku dengar orang marah aku even bukan salah aku. korang seronok lah buat salah sanasini andd korang yang kena marah. tapi, kepada yang tak buat apaapa tu korang tak fikir ke? iss, apelah sempit sangat korang ni. salah ke kalau ikut & buat je ape yang sekolah nak. erghh -.- ape yang korang tau, complain tu comment ni. tak boleh ke jadi manusia yang bersyukur. tak habishabis salahkan sekolah laa, cikgu laa. kalau apaapa jadi, alasan korang bertaburtabur. bila tau ramai cikgu tak suka kita, marah. pelik aku ngan korang lah. malas aku nak ambik tau. kalau boleh, aku memang taknak tau apaapa pasal korang, tapi.. aku terkena tempias jugak. kenapa? sebab kita di bawah satu nama yang sama, Z-LOT BOES. aku taktau apa yang patut dibangga dengan batch ni. aku sayang, tapi.. taktau berkekalan ke tak. aku cakap bukan sebab aku ni baik sangat, aku tau aku pun setan jugak. sesak jugak kepala otak fikir pasal korang. sekarang ni tengah sibuksibuk dengan orangorang baru yang bakal mewarnai batch kita. aku tak tau la. bila cakap pasal kepimpinan, aku tak nampak pun sapasapa yang boleh diharap. even budakbudak batch sendiri pun mengaharap pada yang newcomers ni. bukan aku taknak, tapi tak kesian ke kat diorang? diorang dahla baru masuk, nak sesuaikan diri lagi, nak belajar bendabenda baru lagi dah nak suruh jadi pemimpin. aku pun tak boleh nak jangka. what everyone should do is, pray that ALLAH will show the best solution for this critical problem.

katakata hati: woooehh, aku tak reti kecikkan gambar. haha.

ape tengok2 ?

#cehhh. pandang ape lah? mane ade post dah :P