Tuesday, January 24, 2012

cuba bandingkan -.-

post kali ni,
buat adinda ter'cinta' NUR ILLHANA IMAN BT. SHAHARUDDIN ;)



kalau aku dulu, befday umur 5 tahun dah kena jerit kat mama sebab tak solat.
tapi dia sekarang, dah masuk darjah satu pun tak mula lagi, apa nak jadi ?

kalau aku dulu, mama & ayah marah guna rotan, terus senyap.
tapi dia sekarang, mama marah macam nak histeria pun menjawab lagi, dengan nada annoying pulak tu, apa nak jadi ?

kalau aku dulu, bawak balik piala ke hape ke, terus simpan dalam almari.
tapi dia sekarang, bawak balik apa2 medal, letak luar dulu, dalam seminggu dua agak2 dah bosan tengok baru simpan.

kalau aku dulu, gusti dengan abang, mesti kalah. *last2 nangis, ok yang tu segan*
tapi dia sekarang, gusti dengan sesapa pun, kita yang kalah. seperti kata pepatah labulabi, urat dawai, tulang besi -.- *dia nangis jugak, tapi kita pun sakit*

kalau aku dulu, merajuk dengan mama, haramm tak ade yang nak memujuk -.-'
tapi dia sekarang, merajuk dengan mama, ayah ade. merajuk dengan abang, kakak ade. ade je back up, ape nak jadi ?

kalau aku dulu, dari tadika lagi naik bas, naik van pegi sekolah.
tapi dia sekarang, pergi balik, mama jemput macam princess -.-'

kalau aku dulu, mama tak tau pun aku makan apa kat sekolah.
tapi dia sekarang, mama siap ada jadual lagi, hari ni beli apa, esok beli apa..

kalau aku dulu, hari bergambar pun tak tau bilaa.
tapi dia sekarang, hari bergambar, terus jadi lawa, dapat gambar mama terus laminate.

kalau aku dulu, setengah bulan je menyusu badan. *haha, aku yang taknak*
tapi diaa, befday 4 tahun baru stop.

kalau aku dulu, once orang tua kata 'TAK BOLEH!', fine, that's it.
tapi dia sekarang, lagi orang kata tak boleh, lagi dia nak, ape nak jadi ?

kalau aku dulu, buat homework takde sape ajar.
tapi dia sekarang, aku ditinggalkan sorang2 buat homework dia, apa nak jadi ?

kalau aku dulu, dari darjah satu basuh kasut sendiri. *jarang2, adela mama basuh*
tapi dia sekarang, mama basuh, mama kapur. hamboihhhh, apa nak jadi ?

kalau aku dulu, bedtime stories? phheewwwhh, not even once.
tapi dia sekarang, bila2 mama avail, 'mama, ceritakan satu cerita! cerita haiwan ke, kisah nabi ke..' untung laaa.

kalau aku dulu, cakap kat ayah nak itu ini, itu ini. jawapan standard, 'ah, mengarut'
tapi dia sekarang, ayah yang offer, aihhh, ni lemak ni -.-

kalau aku dulu, ade la sikit sebanyak tinggal parut sebab rotan.
tapi dia sekarang, rotan pun tak pernah rasa, apa nak jadi ?



coretan buat hang,

apaapa pun, kau adik aku. aku redha. nasib aku la dapat adik macam kau, nasib kau jugak dapat kakak macam aku. aku tak sempurna, kau pun. aku appreciate ape yang kau banggabangga kan pasal aku, walaupun aku bukannya hebat mana. tak payah la jadi macam aku, you deserve to be better. please do not continue your current attitude. orang tak suka kat kau nanti. and more, respect mama please. kau cakap dengan mama, mengalahkan cakap dengan aku. kau pukul sana, pukul sini. Mama tu mak kauuu! be greatful with your life which is much more better than mine. I know you're just 7, but you should understand. maybe orang akan gelak kat aku sebab tulis post macam ni kat budak umur tujuh tahun. i repeat, TUJUH tahun. but you never sound like one. kepada yang kenal dia, tahu laa mulut dia macam mana. erghh, NYARIS KAU ADIK AKU -.-

katakata hati: ini bukan post jealous, cuma membuka mata dan kepala otak (: and, aku dah bosan dengar orang cakap 'muka kau macam adik kau lah YAYA' haha, muka dia yang macam muka aku -.-'

2 comments:

  1. Hahaha seronok layan adik kau. Petah berkata-kata - -'

    ReplyDelete
    Replies
    1. homaigod, haha. seronok GILAnyaaa -.-'

      Delete

kalau kau rasa nak comment, cuba menaip yea -.-

ape tengok2 ?

#cehhh. pandang ape lah? mane ade post dah :P