Monday, December 12, 2011

Matures doesn't come along with age, it gains through EXPERIENCE..

HARI INI DALAM SEJARAH :) haha. bukan hari ni sebebarnyaa. it's on 11 dec 2011, yesterdayy. aku melalui saat-saat manis lagi menyakitkan bersama-sama saudari-saudari bertuah tersebut;

Ilyani Omar, Nur Fatimah Ramli, Siti Ayshah Am Sariff, Nurul Syazwina Azhar, Nur Adilah Rashidy and the HOTTEST Nur Illya Iman Shaharuddin. *sumpah! hiraukan hot tuh* haha.

and it goes like this ouuuuu, ouuuuu .. haha (:

#8.30 pagi yang indah, permai, ceria, menarik, seram sejuk pun ade..
  • mama kejut suruh mandi *ohjeayhh, TEMERLOH ! here we come :)*
  • tetibe dapat message yani "weyh, mak aku suruh gerak pukul 9" . *dlm hati, kejadah haramnya? lawak ke minachi?*
  • then, incoming message satu lagi. "aku main2 je" kurang ajaaaaa kau mak cik. berpeluh-peluh aku terkejar-kejar. CEH -.- taula tak sabar2 nak jumpa aku.
  • makan sandwich buatan MAMA tersayang. iloveyou mama.
#9.00 perjalanan bermula
  • ayah dah ready dalam kereta, *semangat nak suruh aku belah cepat2. haha*
  • dalam kepala, checklist : handphone(Y), camera(Y), duit tol+minyak(Y), vaseline(Y), tisu kenduri (Y) <-- mama yang suruh bawa, akibat selsema yang melanda.
  • okay, dan kami bertolak !
#9.30 hell yeahhh !
  • janji nak jumpa awin kat KFC Rawang opposite TESCO
  • 12 saat lepas tu, aku nampak awin berlilit-lilit shawl di kepala, serba hitam dan COMEL :) haha. *sial lah, apahal aku puji kau ni -.-'*
  • dia pun salam2 and melompat masuk ke dalam kereta MYVI berwarna putih berPLAT WQF 9922, kereta aku lah tu. *mana mampu nak beli kereta besar2*
  • adik pun menggedik2 dengan awin :P menyampah aku.
#9.45 saat ni aku sedar yang batu caves ialah tempat orang2 kulit tak berapa putih. *sorry*
  • nampak ecah dah sampai dengan ayah dia. ehhhh.. naik motor ? dari BALAKONG ? biar betik la makcikk.
  • ecah pun tunjuk lah hadiah yang dia dah beli.. haha, pembalut dia comelnakmampus :) gambar ikan. haha.
  • tunggu yani ambik dalam 9 minit 59 saat. *sambil kutuk2 batu caves* haha.
#10.00 bersantai bersama cokodok
  • aku ingatkan dah nak gerak, ceh -.- dia bawak gi rumah dia dulu. okay, FINE -__-
  • dalam perjalanan tu, yani yang masih bertudung indon kelentong macam haram. haha. bongokla kau, nasib baik kita madu.
  • masuk2 bilik yani, nampak timah sudah ayu berbaju kurung and get ready. ikut tema, warna purple youuu. haha.
  • tunggu yani minta kakak dia pakaikan shawl, bla.. bla.. bla..
  • pabila di meja makan, terasa lapar pula. haha. dengan kereknya, aku bersuara. "eh, yani! aku lapar lahhh, kau tak nak hidang ape2 ke ?" "air takde ? nak suruh aku tercekik ke ?"
  • hahahaha, yani buat je, kesian dia. aku tak sedar diri kat rumah orang. haha.
  • lepak2 makan cokodok sat...
#11.00 sejam telah berlalu...
  • sempat lagi abang yani pergi jumpa kawan dulu. haish -.-' bukan main lagi nak turun pukul 9 la ape laa, alih2 kembali pada rancangan asal.
  • merepek2 kejap, and abang dia sampai.
  • perjalanan dimulakan dengan doa AL-FADHILAH USTAZAH ILYANI -.- haha.
  • kami bergerak ke GIANT BATU CAVES nak pick up adilah. haha.
  • dalam hujan, adilah meredah masuk ke dalam Unser berwarna hitam *tak ingat plat la*
  • and NOW we're complete. ceh eh .. excited lah -.-'
  • nak bagitau kedudukan nih :
  • di barisan hadapan cettt .. FIRDAUS OMAR (driver) and ILYANI OMAR (co-driver)
  • tengah.. FATIMAH (belakang driver), AWIN (tengah) *straight je dengan air-cond*, ADILAH (belakang co-driver)
  • belakang sekali iaitu tempat VVIP terlebih AYSHAH dan AKUU :) ngeee. diorang kasi duduk belakang sebab diorang kata aku dengan ecah macam 4 orang. cis -.-' takpe2, kitorang selesa sampai boleh bersilaa tau .
  • actually mama yang pesan suruh duduk kat belakang akibat penyakit yang menyerang aku, sekali tiga . PAKEJ youu, selsema + batuk + sakit tekak :D suara pun dah lain.
#12.00 PLUS! nantikanlah ketibaan kami..
  • sepanjang perjalanan, aku bercerita dengan ecah. macammacam lah aku rasa, sampai hilang rasa penyakit aku -.-' haha. thanks makcik, for being a good listener.
  • baru lepas tol gombak and HELLLOOO HIGHWAYYY !
  • sumpah dah selalu gila lalu sini, *kawe kelik KLATE, lalu la jale ni*
  • telinga dah mula berdesing
  • banyak kereta, and sangat jam, sambil yani menyanyi2 and kacau2 orang dalam kereta lain *haha, dah excited sangat.
#12.30 and where everything beginsss
  • okayy, lalu terowong GENTING SEMPAH and timah pergi ingatkan pasal volkswagen kuning punya cerita. cehhh -.-' nasib baik tengah hari buta waktu ni.
  • dah nak sampai penghujung terowong, kereta mulai bergerak perlahan. kitorang masih bergelak2 lagi. haha.
  • ecah macam dah takut. tapi kami teruskan juga perjalanan walaupun bergerak macam kurakura.
  • andd, terjumpa stand telephone yang warna oren tu. waktu tu tak tau lagi ape masalah kereta, ingatkan tayar pancit.
  • mula2 yani tengok, 'aku tak tau lah, pancit ke tak!' adilah pulak 'erm, macam pancit je' tiba2 awin dengan yakin mencelah, 'meh sini aku tengok!' sambil menghulur kepala keluar, 'ehhh, pancit nih, macam lain je rupa tayar ni, nk kempis sikit'
  • hujan rintik2 kat luar, tapi kita kena usaha kan? so awin and adilah pergi la kat stand telephone tu, and cakap 'ENCIK, TOLONG KAMI! TAYAR KERETA PANCIT!!' hahaha.
  • telephone tu pun bersuara 'PIHAK PERONDA KAMI DALAM PERJALANAN'. hotak diaaa!
  • tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu ..haha, mesti korang pun tunggu kan ? biarlah, biar terasa sikit penungguan kami.
  • eh2, bila abang yani keluar tengok tayar tu, rupa2nya, tak pancit pun. cis -.-' hahaha. lawak je. tapi takpe yang penting dah panggil peronda.
#12.45 cisss -.-' memang menguji kesabaran
  • walaupun suasana agak sejuk *bukan agak memang sejuk tahap gaban lah* tapi kat dalam semua dah berasap2. PANASSSS !
  • ade ke tak sampai lagi, lama kot. ade yang dah nak ter CARUT tapi tahannn......
  • 2nd attempt, yani ngan ecah pulak turun cakap dangan stand telephone tu -.-
  • ecah cakap ape entah, pastu kena marah ngan yani, 'dah! tak payah cakap, suara kau macam budakbudak!'
  • haha, padan muka kau gemok! hahaha. kitorang dalam kereta ambik2 gambar.
#1.00 dan........ satu jam telah berlalu
  • setelah tersalah anggap terhadap banyak kereta, akhirnya MTD tiba. rasa macam nak sujud syukur on the spot.
  • baru ingat nak kenyit2 mata sikit, tapi tak jadi.
  • nampak si MTD tu cakap2 dengan abang yani sambil kerut2 dahi.. i wonderr, ape yang diorang cakap haa ?
  • dengan selambe badaknya ade sorang abang MTD masuk kereta sebab nak test enjin ke hape bersama 6 orang anak dara pingitan ni haa, haha. takut weh, zaman sekarang, apa pun boleh jadi.
  • dia pun keluar dan bersaksikan pokok2 kat tepi highway ni dia pun mengeluarkan kata2 yang 'ini tak boleh nak buat ape dah, formen abang kena cari sendiri. kami tak boleh nak buat ape2 lah'
  • ini memang mintak carut tahap maksima ni, haram jadah tak guna betul.
#1.20 is it the exact time? haha, lantak lah, lebih kurang la tu.
  • perjalanan diteruskan *masih dalam keadaan kurakura* abang yani pasang lampu yang kelip2 dua2 belah tu. ape la nama dia tahh .
  • cuma bezanya, peronda MTD tu ikut dari belakang.
#1.30 TAKUT !
  • dalam 10 minit peronda tu ikut, and dia tengok kitorang macam laju je *sebab turun bukit lah bangang!* jadi dia pun belah laaa.
  • dan seperti yang dijangka, kereta terSTOP tiba2. abang yani tekan minyak dah habisss and gear pun dah menggeletar satu macam dah.
  • tanpa teragak2, aku cakap, 'jom2 keluar, berat sangat ni, jom tolak, TOLAK!'
  • dengan berbaju kurung dan sandle HOT-NAK-MATInya , kitorang pun mulakan aktiviti menyayat hati, MENOLAK SEBUAH UNSER HITAM.
  • dan sure2 lah orang2 dalam kereta yang lalu pandang semacam jee. LANTAK lah, tengah takut niiiii... !!!
  • setelah berpenat lelah, ape lagi.. naik balik kereta. *lupa nak cakap, sempat ambik gambar okayyy*
#1.40 antara hidup dan mati jee weh :'(
  • hambikkk !!!... terbeliak mata tengok bukit kat depan, dengan membaca surah al-insyirah di mulut, abang yani teruskan jugak.
  • kat tengah2 tu, kereta STOP sekali lagi. okay, yang ni cuak habis, memang habis, habis GILA !
  • ecah dah pucat. yang lain macam dah clueless, taktau nak buat ape. abang yani keluar kereta sebab nak tolak *dan niat taknak susahkan kitorang*
  • dan.. ape yang lagi takut, abang yani suruh yani yang handle kereta.. WTH ? no way.
  • dalam hati aku dah berdebar satu macam, tak boleh nak tengok belakang.. SERAMMM !
  • sebelum sempat buat ape2, ade satu kereta saga berhenti depan kitorang. and keluar seorang pakcik berumur dalam lingkungan 40-an yang ala2 gangster gitu *jeans dan t-shirt yang collar dinaikkan dan tak butang* just imagine !
  • buruk sangka kitorang bertubi2 kat pakcik tu
  • then, abang yani pun cerita laa 'pakcik ni dari tadi sebenarnya dah ikut kita dari tadi. dia tengok kereta kita macam ade yang tak kena je'
  • okay, lega sikit tapi still ade syak wasangka yang mendalam.
#2.10 and we're stuck here like FOREVERRR !
  • hidup kitorang memang tunggu je hari ni. so tunggu lagi untuk formen pakcik scary tadi.
  • tup tup , yang datangnya india. tak kisah la, asalkan selamat. INSYAALLAH :D
  • yang agak ajaibnya, kereta kitorang ditarik oleh sebuah kereta saga. hmm -.- i wonderrr.
  • haha, takpe jangan persoalkan kehendak ALLAH.
  • uncle india tu bawa la kitorang sampai PETRONAS LENTANG. haiyaaa.
  • kitorang turun, rushing gi toilet. haha, taktahan kot. SEJUK. errr =__='
  • solat2, makan2, ambik2 gambar... *banyak pulak* haha.
  • tak tau nak cerita kat sapa. serious rasa nak nangis :'(
#2.45 okay, BOSAN
  • dah bosan tunggu dalam petronas tu, kitorang pun bergerak ke kereta. nak usha kejap.
  • alih2, tanya pakcik tu, dia kata lama lagi.
  • eh, jangan ingat kitorang dah putus harapan. matahari ade lagi okayy.
  • yani pun, dengan sipu2 kucingnya call cikgu hanisah. muka yani mintak kaki gila 'cikgu, kami ada masalah sikit, kereta rosak! insyaALLAH kitorang sampai nanti, cikgu janganla buang make-up dulu'.
  • cikgu tak touching langsung, hahahaha 'kalau awak tak sampai dalam pukul 3, saya tukar baju, nak SOLAT'
  • gila ape nak heading ke TEMERLOH 10 minit ? haihhh -.-'
  • punah jahanam hancur berderai harapan ! ALLAH je tau. takpe2, relax, cool , CHILL!
#3.30 hampehhh :P
  • rasa macam panas lah pulak duduk kat luar. ape lagi, masuk balik...
  • makan ICE-CREAM cornetto kisses (aku,ecah & timah) *thanks ecah, kau belanja aku* awin & adilah beli air and yani pi beli keropok.
  • hilang la kejap rasa duka. masing2 termenung tak tau nak cakap ape. perasaan bercampur baur sudahh.
  • yani asyik keluarmasuk keluarmasuk dok tengok abang dia. siap bawa berita lagi 'weh korang, diorang gi ambik barang kat bengkel diorang dulu, ade kena tukar benda ape tah'
  • okay, macam haram la kann.
#4.15 PARENTS' TIME
  • kalau ikut rancangan awal, waktu ni dah dalam perjalanan balik. oh tidak!
  • aku pun fikir punya fikir. tak boleh jadi ni. so, masing2 capai phone and tarik nafas dalam2 and call.
  • macam2 la feed back. takut gila kot.
  • waktu ni baru dok confuse, nak teruskan ke ? patah balik ? terus ke balik ? argghhhh .
  • sumpah rasa nak meraung kat situ. tapi, kena ingat, jaga ayu tu, BAJU KURUNG kakk !
#5.00 tak siap lagii ? WTH ?
  • BOSAN lagi.. keluar balik, tengok kereta. orang yang baiki kereta tu tak sampai2 lagi.
  • lepak2, ambik2 gambar. memang merempat lah kitorang kat situ. *time ni nampak ade anak cina kencing kat dalam longkang. deyyy, ade toilet lah*
  • akibat bosan, yani call cikgu HANISAH sekali lagi. 'cikgu, kereta tak siap lagi laa, cikgu boleh tunggu ke? kami tak kira, nak juga pergi !' haha. cikgu kata 'lauk banyak lagi, datanglah, saya tunggu sampai 6.30'
#5.45 just wait for miracle happen!
  • tak sampai lagi kot orang yang baiki kereta tu.
  • adeyy, macamana ni ? tengah lepak2 tu, datanglah seorang mamat pertengahan umur berkereta ESTIMA putih parking selang satu dari kereta kitorang.
  • dia tanya la nak gi mana apa semua.. pastu dia kata 'saya pun nak menghala ke sana ni, kalau ada emergency, boleh la tumpang' dan dia berlalu pergi, *tak tahan nak gi toilet agaknya* eh2, pastu dia pandang lagi, and dengan kereknya dia tekankan 'kalau ada EMERGENCY la'
  • hey, tolongla. kitorang pun taknak lah! pigi dahhh. haish -.- mentang2 kitorang HOT nak bajet pulak, hahahaha.
#6.15 at last!
  • ALHAMDULILLAH.. orang baiki tu dah sampai.
  • ishh, berjanggut tau kitorang tunggu. aku siap mintak sofa lagii. bangang! haha.
  • tak sabar dah ni.. yani call cikgu lagi, 'cikgu, macamane ? boleh lagi terima tetamu? haha. kitorang sampai dalam pukul ...... jap2, saya tanya jap' alih HP sikit, yani tanya kat abang tu, 'bro, amacam? lama lagi tak?' 'SEJAM LEBIH JE LAGI' OMK! *oh mak kau!* on the spot terus decide tak jadi pergi.
  • sambung cakap dengan cikgu.... 'takpelah cikgu, lambat lagi agaknya. hadiah kami bagi waktu result nanti ye. SELAMAT PENGANTIN BARU, moga kekal ke akhir hayat'
  • then yani past2, aku & awin pun ucap lah SPB kat cikgu. yesss! rindu pulak nak dengar suara cikgu. haha.
  • and masing2 muka hampa-nak-mati. gila la weh.
#7.00 bye2 matahari !!
  • hello moooonn ! haha. dah gelap. aku dah terbayang2 muka mama & ayah kat rumah.
  • ecah dah risau tahap melampau dah, kena grounded pulak lah ape lah.
  • solat maghrib pulak. doa banyak2 yee.
#7.30 sujud SYUKUR !!!
  • YA ALLAH ! akhirnya.. kereta dah siap, masing2 fikir nak balik je sekarang ni.
  • ambik2 gambar sikit lagi, haha. KENANGAN lah katakan..
  • tunggu dalam kereta, and waktu tu bersyukur gila ada kerusi dalam kereta, sakit belakang kot!
  • kitorang usha dari dalam kereta, abang yani tengah bincang hal BAYARAN dengan pakcik baiki kereta tu.
  • and you know what, kena bayar RM 3200 CASH ! yang tak tahannya, dia mintak cash ! dia takut kitorang tipu lah kot -.-
  • lagi best, ayah yani ade kat KUCHING, and kena cari bank nak bank in .
  • and, we have to wait untill 8.30pm.
  • haiyaa, TUNGGU LAGI ! separuh mati dah aku dengar perkataan tu. TUNGGGUUUU !
  • ape boleh buat, nak tak nak, kena jugak lah.
#8.30 ini baru betul2 settle
  • the moments we've waited for soooooooo longggg :P
  • bila bergerak, yani conduct DOA again.
  • hmm -.- DRIVE-THRU McDONALDS here we come.
  • yani payung kami semua, haha, tapi ecah hulur jugak RM10. takpelah.
  • makanmakan, cerita2 balik pasal 7 jam kat highwayy. adoyai.
  • sedap kot SPICY CHICKEN McDELUXE. makan samasama, awww.. sweet habes.
  • dapat fries special lagi, twister yang SEDAP. haha.
#9.45 perjalanan bakal berakhir
  • aku & awin stop kat PETRONAS batu caves, hehe. aku pulak tumpang awin. yeah! we are the RAWANGians, haha.
  • dalam kereta senyap je. haha. takut, ayah awin dah tanya2 dah. hahaha.
  • aku hantar alamat rumah awin, and tunggu mama and ayah ambik
  • berdebar2 nak menghadap muka parents ni, menggigil lutut. *haha, over*
#10.20 okay, we're done :D
  • mama and ayah sampai ! okayy, the end of journey guysss.

ni link nak tengok gambar sadisss ! haha http://www.facebook.com/media/set/?set=a.326305770713636.88199.100000026472940&type=3 camera aku cikai2 je, awin ade bawak dslr, tapi tak upload lagi. so tunggu jelah, dalam tu lagi banyak gambar.

katakata hati : aku nak post benda ni pun ambik masa 7 jam. haha. kawankawan yang dicintai, AKU TAKKAN LUPA TARIKH KERAMAT NI. Thanks for the greatest ever memories !

7 comments:

  1. post yang paling lama pernah aku buat -.-'

    ReplyDelete
  2. okay serius suspens doh aku baca HAHA, tarikh keramat yang lawa: 12/12/11 korang patut bersyukur. Btw, weh bapak mahal gila 3200! ntah ntah dia yang tipu krg kuutt

    ReplyDelete
  3. aku pun agak dia tipu doh -.- sumpah macam haram gilaaa !

    ReplyDelete
  4. yaya bnyk crite kita sma *bnggang ke aku ni dh sah2 ni cerita yg sama* haha btw aku mmg org yg pling cuak time tuu tapi tak smpi pucat OKAY :D

    ReplyDelete
  5. kau tau ape ? aku yang tengok muka kau :P wek wek, kau pucat lah makcik !

    ReplyDelete
  6. weyh, dia tipu kau la aku rase. 3200. -.-' tu cekik darah tu

    ReplyDelete
  7. haha, yep (: tapi kan, biasa lah bnda siap on the spot. takleh nak buat ape ..

    ReplyDelete

kalau kau rasa nak comment, cuba menaip yea -.-

ape tengok2 ?

#cehhh. pandang ape lah? mane ade post dah :P